Beberapa Fakta Menarik Tentang Syarikat Cuckoo Malaysia dan Produknya


Salam Sejahtera,

Hari ini Angah nak cerita sikit Beberapa Fakta Menarik Tentang Syarikat Cuckoo Malaysia dan Produknya. Kebanyakan fakta ini, Angah ceduk dari Laman Sesawang rasmi Cuckoo Malaysia dan Cuckoo World (Milik HQ Cuckoo di Korea Selatan). Cuma Angah terjemahkan ke bahasa dan ayat yang mudah difahami. Jom Layan..

Pengenalan - Sejarah Penubuhan Cuckoo
  • Ditubuhkan pada 15 November, 1978 di Korea Selatan. Tahun ini ulangtahun ke-40 Cuckoo
  • Permulaan menghasilkan produk Rice Cooker dan mula mengeksport ke Jepun pada tahun 1990
  • Sejak penubuhan, Cuckoo menjadi pembekal elektronik dalaman UTAMA bagi syarikat elektronik LG dan juga Philips. Dan sejak tahun 2001, Matshushita juga memilih Cuckoo sebagai pembekal elektronik dalaman bagi produk mereka.
  • Bertindak atas kesedaran keperluan, Cuckoo mula mengeluarkan produk Penapis Air pada tahun 2010 dan memenangi "Customer Satisfaction Award for a filed of Water Purifier (The Korea Economic Daily)" pada tahun 2012.
  • Pada tahun 2014, tertubuhnya Syarikat Usahasama (Joint Venture) yang pertama diluar Korea Selatan dan bertapak di Malaysia yang dikenali sebagai Cuckoo International (Malaysia) Sdn Bhd.
  • Pada tahun 2019, Cuckoo International (MAL) akan membuka kilangnya sendiri di sini. 
  • Dijangkakan kilang pertama Cuckoo di rantau Asia itu akan dibina di Pelabuhan Klang, Selangor dengan kos RM100 juta. (Rujuk : Astro Awani)
Kontrak Pinjaman atau Sewa

1. Normal Plan 
  • Sewa - Minima Kontrak Adalah 3 Tahun ( boleh return semula mesin )
  • Sewa Beli - Minima Kontrak Adalah 5 Tahun
2. Goood Plan
  • Sewa Beli - Minima Kontak Adalah 1 Tahun 6 Bulan (18 bulan) - tidak boleh return sehingga tamat kontrak, tetapi boleh tukar pemilik mesin jika tidak mampu bayar.
Servis dan Penukaran Filter
  1. Tempoh Servis bagi setiap produk akan dilakukan setiap 4 bulan sekali.
  2. Setiap 4 bulan juga filter akan ditukar baru. Ada filter perlu ditukar setiap 4 bulan, 8 bulan sekali dan 12 bulan sekali.
Manufacturing
  1. Kilang yang menghasilkan produk Cuckoo mempunyai sistem pengurusan yang bertaraf ISO 9001. 
  2. Ini menunjukkan produk yang dihasilkan melalui proses yang teliti dan berkualiti dari permulaan R&D hingga penghasilan produk.
  3. Menghasilkan Air Mineral Beralkali Ringan pH7.5 dan air disimpan dalam tangki yang diperbuat dari Stainless Steel untuk melambatkan proses pembiakan kuman.
Kenapa Tiada WQA?
  1. WQA membawa maksud "Water Quality Association", merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan yang bertapak di USA. (rujuk https://www.wqa.org/about-us/who-we-are)
  2. WQA ini dperlukan hanya jika produk yang dihasilkan menggunakan teknologi USA. 
  3. Produk air yang guna teknologi USA, adalah produk yang menggunakan teknologi tapisan RO dan UV.
  4. Cuckoo menggunakan tapisan Nano Positive Filter, teknologi ciptaan Korea. Tapisan ini menapis kandungan heavy metal merbahaya seperti plumbum, cadmium and arsenik.   
Air Yang Terhasil Mencapai Tahap Piawaian WHO


Comments

Post a Comment